Appearance
Carian Perniagaan
Pengguna boleh mencari perniagaan yang berdaftar dengan pusat zakat untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai perniagaan tersebut. Cukup dengan menaip nama perniagaan, Bizzakat akan menjana senarai perniagaan berdasarkan carian anda.
Langkah 1: Lokasi Bar Carian
Bar carian terletak di bahagian atas tengah skrin dan mempunyai label 'Search here'.

Langkah 2: Menaip Nama Perniagaan
Taip nama atau jenis perniagaan yang ingin dicari. Sebagai contoh, jika anda mencari perniagaan 'HOMESTAY', anda boleh menaip nama penuh atau sebahagian nama seperti 'homestay'.

Langkah 3: Hasil Carian
Anda akan dibawa ke paparan hasil carian yang memaparkan senarai perniagaan serta lokasi di Google Maps. Setiap hasil carian akan disertakan butang 'Baca Lanjut' di sebelah kiri skrin.

Langkah 4: Lihat Maklumat Terperinci
Klik butang 'Baca Lanjut' untuk melihat maklumat lebih lanjut mengenai perniagaan tersebut.

Langkah 5: Paparan Maklumat Perniagaan
Anda akan dipaparkan dengan maklumat lengkap mengenai perniagaan tersebut.

Maklumat yang dipaparkan termasuk:
- Nama perniagaan: Nama syarikat yang didaftar kepada pusat zakat.
- Gambar perniagaan: Gambar yang digunakan oleh peniaga untuk mempromosikan perniagaan.
- Lokasi perniagaan: Lokasi perniagaan menggunakan koordinat GPS di Google Map.
- Kongsi maklumat mengenai perniagaan: Pengguna boleh berkongsi perniagaan usahawan tersebut kepada orang awam untuk mempromosikan perniagaan.
- Alamat perniagaan: Alamat perniagaan tersebut.
- Maklumat tambahan dan penerangan perniagaan: Keterangan tambahan oleh usahawan berkaitan latar belakang perniagaan.
- Waktu operasi perniagaan: Hari dan masa perniagaan beroperasi.
- Nombor telefon perniagaan: Nombor telefon untuk menghubungi perniagaan.