Skip to content

Mendaftar Akaun Bizzakat

Mendaftar sebagai pengguna Bizzakat sangat mudah. Ikuti 6 langkah berikut untuk mula menggunakan platform Bizzakat.

Langkah 1: Klik Butang 'Register'

Pada bahagian atas kanan skrin, terdapat butang dengan label 'Register'. Tekan butang ini untuk memulakan proses pendaftaran.

An image

Langkah 2: Isi Borang Pendaftaran

Anda akan dipaparkan borang pendaftaran. Lengkapkan maklumat yang diperlukan untuk mencipta akaun anda.

An Image

TIP

Jika anda sudah mempunyai akaun Bizzakat, klik pautan 'Already registered?' untuk pergi ke log masuk Bizzakat.

Langkah 3: Hantar Borang

Setelah melengkapkan borang, tekan butang 'Register' untuk menghantar maklumat pendaftaran.

An Image

Langkah 4: Semak E-mel Pengesahan

Bizzakat akan menghantar email pengesahan ke alamat e-mel yang anda daftarkan.

An Image

AMARAN

Jika anda tidak menerima e-mel pengesahan, tekan butang 'Resend Verification Email' untuk menghantarnya semula.

Langkah 5: Sahkan E-mel

Buka e-mel pengesahan dan klik butang 'Verify Email Address' untuk mengesahkan akaun anda.

An Image

Langkah 6: Akses Dashboard

Selepas pengesahan e-mel berjaya, anda akan dibawa ke Dashboard Bizzakat. Tahniah! Anda kini boleh menggunakan semua fungsi dan kemudahan yang disediakan di Bizzakat.

An Image