Skip to content

Dompet

Berikut merupakan paparan pengguna untuk halaman dompet pengguna. Halaman ini boleh diakses melalui bahagian 'My Wallet' dan dilengkapi dengan bar carian untuk memudahkan pengguna mencari baucar yang tersimpan.

Selain itu, pengguna boleh menambah baucar baru ke dalam dompet mereka dengan mengklik butang biru berlabel 'Add Voucher'.

My wallet homepage


Tebusan E-Baucar

Setelah pengguna menyimpan e-baucar di dompet, penebusan baucar boleh dilakukan secara bersemuka di premis perniagaan yang terlibat. Setiap pengguna yang berjaya menyimpan e-baucar akan diberikan kod QR unik untuk tujuan penebusan.

Langkah 1

Klik pada e-baucar yang ingin ditebus.

My wallet

Langkah 2

Paparan e-baucar akan muncul dengan maklumat terperinci mengenai baucar tersebut.

Voucher informatin

Antara maklumat yang dipaparkan adalah:

  • Nama Baucar
  • Nilai potongan baucar
  • Gambar perniagaan yang dimuat naik
  • Nama syarikat usahawan
  • Terma dan Syarat

Di bahagian bawah baucar terdapat tiga butang:
  • Redeem Voucher: Tebus baucar di premis perniagaan.
  • Remove: Untuk membuang baucar daripada dompet.
  • Cancel: Untuk kembali ke halaman senarai baucar tanpa menebus.

Langkah 3

Klik butang 'Redeem Voucher' untuk menebus baucar di premis perniagaan terpilih.

Click redeem

Langkah 4

Kod QR unik akan dijana dan dipaparkan. Tunjukkan kod QR ini kepada peniaga di premis untuk menebus baucar serta menikmati diskaun dan tawaran yang diberikan.

QR wallet

Buang Baucar

Untuk membuang baucar daripada dompet, klik butang merah 'Remove'.

Remove voucher