Appearance
Apa itu Bizzakat?
Bizzakat adalah satu direktori yang menyenaraikan para peniaga atau usahawan di Wilayah Persekutuan yang menawarkan pelbagai barangan jualan dan perkhidmatan.
Usahawan yang disenaraikan disebut sebagai ‘Ahli Bizzakat’ adalah dari usahawan atau perniagaan dari kalangan umat Islam.
Direktori ‘Bizzakat’ telah melalui beberapa penambahbaikan sejak ia mula diwujudkan. Dengan penambahbaikan terbaru pada tahun 2021, Bizzakat akan dapat memperluaskan lagi bidang perkhidmatan barangan yang disediakan kepada masyarakat.
Ahli Bizzakat tidak lagi ‘terhad’ kepada pembayar zakat sahaja. Walaubagaimanapun, PPZ akan mengesahkan maklumat dan status perniagaan bagi memastikan usahawan yang dimasukkan ke dalam direktori ini adalah perniagaan yang benar-benar wujud dan berkualiti.