Skip to content

Profil

Profil merupakan halaman untuk pengguna mengubah maklumat berkaitan diri mereka.

Profile page

Terdapat lima bahagian di halaman ini. Antaranya ialah:

Maklumat Profil

Pengguna berdaftar boleh mengubah maklumat-maklumat peribadi akaun Bizzakat di halaman ini.

Profile Information


Langkah 1: Isi Maklumat Profil Yang Ingin Diubah

Antara maklumat yang boleh diubah di halaman ini ialah:

  • Nama Penuh
  • Nama Pendek
  • E-mel
  • Nombor Kad Pengenalan
  • Whatsapp
  • Tarikh Lahir
  • Jantina
  • Alamat
  • Negara
  • Negeri
  • Bandar
  • Poskod

Update profile information

Langkah 2: Klik Butang 'Save'

Klik pada butang 'Save' untuk menyimpan maklumat profil yang baru.

Click save button

Langkah 3: Berjaya Kemas Kini Maklumat Profil

Status 'Saved.' akan dipaparkan jika maklumat dikemas kini berjaya disimpan.

Successful

Tahniah! Anda telah berjaya kemas kini maklumat profil Bizzakat anda.


Kemas Kini Kata Laluan

Pengguna boleh menukar kata laluan akaun Bizzakat.

Password Change

Langkah 1: Isi Maklumat Kata Laluan Baharu

Pengguna isi borang kemas kini kata laluan. Maklumat yang diperlukan adalah:

  • Kata laluan terkini
  • Kata laluan baharu
  • Pengesahan kata laluan

Fill updated password

Langkah 2: Klik butang 'Save'

Klik butang 'Save' untuk menyimpan kata laluan baharu

Click save

Langkah 3: Berjaya simpan kata laluan baharu.

Status 'Saved.' akan dipaparkan jika maklumat kata laluan dikemas kini berjaya disimpan.

Success

Pengesahan Dua Faktor

Pengguna boleh menggunakan teknologi 'Two Factor Authentication' untuk meningkatkan tahap keselamatan akaun supaya mengelakkan data peribadi dikawal selia dan di salahguna oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Two Factor Auth

Langkah 1: Muat turun 'Google Authenticator'

Pengguna perlu muat turun aplikasi 'Google Authenticator' di telefon pintar melalui Google Play Store atau Apple App Store.

Google Authenticator

Langkah 2: Log masuk Google Authenticator

Log masuk aplikasi Google Authenticator menggunakan akaun Google anda.

Langkah 3: Tekan butang 'Enable'

Di Bizzakat, tekan butang 'Enable' untuk mengaktifkan fungsi 'Two Factor Authentication'.

Enable 2FA

Langkah 4: Isi kata laluan

Di Bizzakat, pengguna perlu mengisi kata laluan untuk mengesahkan pengguna akaun tersebut yang melakukan tindakan ini.

Enter password

Setelah selesai mengisi kata laluan, tekan butang

Langkah 5: Masukkan 'Setup Key' atau imbas kod QR yang tertera di skrin.

Buka aplikasi 'Google Authenticator' dan cari tanda tambah di bahagian bawah sebelah kanan skrin telefon anda.

GAuth setup

Kemudian, imbas kod QR atau masukkan 'Setup Key'. Jika proses berjaya, Bizzakat akan didaftarkan ke dalam akaun 'Google Authenticator' anda.

Langkah 6: Masukkan kod 6 digit ke Bizzakat

Masukkan kod 6 digit yang ditunjukkan di dalam aplikasi 'Google Authenticator' ke dalam Bizzakat.

Paparan di aplikasi 'Google Authenticator': GAuth UI


Paparan di Bizzakat: Bizzakat code GAuth

Langkah 7: Tekan butang 'Confirm'

Tekan butang 'Confirm' dan Bizzakat akan memaparkan kod-kod pemulihan. Simpan kod pemulihan ini di tempat yang selamat dan senang diakses jika akaun anda digodam.

Recovery code


Kini, akaun anda lebih selamat dan dilindungi oleh teknologi '_Two Factor Authenticator_'

Log Keluar Sesi Pelayar Lain

Untuk log keluar dari sesi pelayar lain, pengguna boleh menggunakan ciri kemudahan ini.

Langkah 1: Klik butang 'Log Out Other Browser Sessions'

Pengguna perlu klik pada butang 'Log Out Other Browser Sessions'.

Log Out Other Session

Langkah 2: Isi kata laluan

Sebagai langkah keselamatan, pengguna perlu mengisi kata laluan untuk mengesahkan pengguna akaun tersebut yang melakukan perbuatan ini.

Fill in password

Langkah 3: Berjaya log keluar

Tahniah! Kini anda telah berjaya log keluar akaun Bizzakat anda dari pelayar lain.

Padam Akaun

Klik pada butang merah 'Delete Account' untuk padam akaun Bizzakat.

Delete Account

AMARAN

Tindakan ini akan memadamkan akaun anda secara kekal. Sila berhati-hati.