Appearance
Laman utama
Setelah pengguna melawat laman web https://bizzakat.com.my/, pengguna akan dibawa ke halaman utama aplikasi web di mana mereka boleh menemui pelbagai ciri seperti pendaftaran, log masuk, promosi, dan baucar. Pengguna juga boleh mencari usahawan mengikut negeri, promosi terkini dan semua promosi, usahawan baru serta direktori semua usahawan yang berdaftar dan disahkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.


Bizzakat.com.my
Di sini, terdapat banyak ciri kemudahan yang disediakan antaranya ialah:
- Carian perniagaan: Ruang untuk pengguna membuat carian perniagaan yang berdaftar.
- Iklan: Ruang untuk usahawan mempromosikan perniagaan mereka.
- E-baucar: Pengguna boleh mendapatkan e-baucar diskaun untuk perniagaan yang berdaftar.
- Senarai usahawan baru: Usahawan yang baru sahaja berdaftar dengan pusat zakat.
- Senarai keseluruhan usahawan: Paparan semua usahawan yang berdaftar.